SIGN UP TO GET YOUR 50 PURCHASE POINTS FOR FREE!
Menjadi kemestian kepada Sisters Scent Empire untuk memeriksa dan mengesahkan keadaan setiap produk terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran kepada pelanggan. Segala pemulangan dan pertukaran hanya dibenarkan dalam masa 7 (tujuh) hari setelah barangan pelanggan diterima. Pelanggan dikehendaki menyimpan resit penghantaran pemulangan (jika ada) bagi tujuan tuntutan semula. Sila semak jenis isu yang anda hadapi sebelum membuat sebarang permintaan pertukaran.
1. Kerosakan / Kesalahan item Full Size Perfume
Jika pelanggan dapati berlaku kerosakan pada nozel perfume sehingga ianya 100% tidak boleh digunakan/item yang diterima adalah salah, pelanggan boleh membuat permintaan gantian item baru yang sama/dibeli dengan mengembalikan item tersebut kepada Sisters Scent Empire dan mengisi Borang Pemulangan & Pertukaran.
2. Item yang diterima pecah
Pelanggan boleh mengisi Borang Pemulangan & Pertukaran bagi mendapatkan item baru yang sama tanpa pemulangan item yang pecah.
3. Anggaran isipadu Travel Perfume kurang daripada 80%
Pelanggan boleh mengisi Borang Pemulangan & Pertukaran bagi mendapatkan item baru tanpa pemulangan Travel Perfume tersebut kepada Sisters Scent Empire. Gantian baru yang dibenarkan hanyalah sekali gantian sahaja.
BORANG PEMULANGAN & PERTUKARAN
Pelanggan perlu mengisi Borang Pemulangan & Pertukaran di bawah ini setelah mengenalpasti isu item yang dihadapi beserta maklumat penghantaran pemulangan item. Borang Pemulangan & Pertukaran
POLISI PEMULANGAN & PERTUKARAN
  • Segala pemulangan dan pertukaran hanya dibenarkan dalam masa 7 hari setelah barangan pelanggan diterima.
  • Pelanggan dikehendaki menyimpan resit penghantaran pemulangan (jika ada) bagi tujuan tuntutan semula pada Borang Pemulangan & Pertukaran.       
  • Pelanggan perlu mengisi Borang Pemulangan & Pertukaran untuk membuat sebarang tuntutan pertukaran.
  • Segala pemulangan akan disemak dan diganti dalam masa 5 hari bekerja setelah pihak tim Sisters Scent Empire menerima item pemulangan serta mengesahkan isu item pelanggan.     
  • Pertukaran hanya dibenarkan bagi item mengikut pembelian asal pelanggan sahaja.
  • Sisters Scent Empire hanya membuat pembayaran gantian pembayaran balik melalui Perfume By Shaa store credit sahaja.
  • Walau bagaimanapun, kami hanya akan mempertimbangkan pengembalian barang yang belum dibuka dan dalam keadaan asal dengan semua tag dan/atau dalam pembungkusan yang baik.  
  • Tiada pemulangan dan pertukaran bagi produk penjagaan kulit & kosmetik.
Sebarang pertanyaan, pelanggan boleh berhubung dengan tim Khidmat Pelanggan Sisters Scent Empire melalui butang Whatsapp di laman web ini.

Become Our Members Today

Sign up to get 50 points!

Get your high quality perfumes with us.

Shopping Info

Customer Service

© 2021 Sisterscent Perfume By Shaa.

Secure Payment

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping
Need help? Let's chat with us!

Customer Service

Hi, What can i do for you? 00.00